sekarang aku nak cerita pasal kebaikan susu ibu...
korang tau camne la susu boleh keluar dari badan ibu kita dan bakal ibu ni??huhhu...sebenarnya yang berlaku dalam badan kita adalah disebabkan hormon..terdapat dua jenis hormon yang membantu dalam penghasilan susu..antaranya prolactin dan oxytocin..
apabila seorang ibu sudah bersalin, hormon estrogen akan menurun dan menyebabkan hormon penghasilan susu meningkat..apabila ia estrogen menurun maka otak kita pun terima signal dan memberitahu pada pusat penghasilan hormon iaitu anterior pitutary untuk menghasilkan hormon prolactin dan oxytocin dan hormon ini akan bertindak pada breast ibu dan akan terhasilnya susu..
untuk pengetahuan semua, selepas sahaja bayi ini dilahirkan..kita perlu merangsang bayi ini untuk menyusu badan..ini adalah untuk memberitahu bayi untuk mengisap susu badan..sekiranya tidak dirangsang bayi kita mungkin akan lambat untuk mengisap susu ibu..
para ibu dan bakal ibu sekalian, janganlah kita semua memberikan susu formula (susu lembu @ kambing) kerana bayi kita akan mudah mendapat penyakit. jangan bimbang tentang susu badan yang tidak cukup..kerana saiz perut bayi adalah dikatakan sebesar biji anggur sahaja..dan keperluan bayi kita adalah mencukupi..
memberikan susu badan bukanlah senang kerana kita perlu banyak bersabar..tetapi hasilnya nanti adalah berbaloi..bayi kita akan sihat, cergas, bijak pandai, kulitnya cantik dan sebagainya..kalau tak tau nak bagi camne, ibu semua boleh merujuk http://www.susuibu.com/.
No comments:
Post a Comment